Ada 5 trend teknologi untuk 2022 untuk anda atau pengurusan syarikat lebih bersedia, iaitu menghadapi transformasi perisian, perkakasan dan digital yang berlaku dalam sektor automotif.
Sejak 100 tahun lalu, pembuat kereta tertumpu pada bahagian mekanikal pembangunan kereta sahaja dan kebanyakannya menyerahkan perisian kepada pihak lain.
Kini teknologi digital menjadi ciri-ciri utama dalam kereta, perisian akan menjadi pemacu pertumbuhan keuntungan utama bagi pembuat kereta.
Akhirnya, matlamat pengeluar peralatan asal (OEM) adalah untuk bertukar menjadi syarikat teknologi atau perisian.
Pembuat kereta juga sedang mengkaji cara mereka berurusan dengan para pengeluar cip dan mungkin mempertimbangkan untuk membentuk cip mereka sendiri.
Pakar meramalkan bahawa menjelang 2025, 50% daripada 10 syarikat OEM automotif teratas akan mereka bentuk cip mereka sendiri dan mewujudkan hubungan kerja langsung, strategik dan jangka panjang dengan syarikat pengeluar cip.
Sekarang kita dapat melihat di tahun 2022, syarikat gergasi digital, seperti Perkhidmatan Web Amazon, Google, Alibaba atau Tencent, terus mengembangkan penguasaan mereka dalam teknologi kenderaan. Syarikat teknologi ini akan membina kenderaan-kenderaan yang lebih dekat dengan ekosistem teknologi masing-masing, yang seterusnya, akan membuka perkhidmatan berkaitan kenderaan baru.
Diramalkan bahawa menjelang 2028, 70% kenderaan yang dijual akan menggunakan sistem pengendalian Android Automotive, meningkat daripada hari ini di mana kurang daripada 1%.
Pada 2021, beberapa syarikat teknologi mencipta sistem pengendalian seni bina kenderaan melalui sumber terbuka dan platform kenderaan elektrik terbuka (open source / universal / semua jenis pengeluar kenderaan boleh menggunakan perisian itu).
Pendekatan menggunakan model perkongsian baharu dalam sektor automotif ini akan meningkat pada 2022.
Di samping itu, syarikat automotif akan semakin melihat data dengan cara yang serupa dengan dunia teknologi.
Matlamat pengeluar-pengeluar kenderaan ini bukan untuk menjual data, tetapi untuk membina atau menyepadukan ekosistem yang membolehkan mereka mengakses kepelbagaian data yang lebih luas, dengan tujuan membangunkan ciri atau perkhidmatan digital yang lebih menarik.
Menurut laporan dari Gartner yang dipetik melalui TheEdgeMarket, berkata tahun lepas menyaksikan perubahan besar dalam pasaran perisian automotif over-the-air apabila beberapa pengeluar kereta mula menawarkan kemas kini perisian (update software).
Gartner meramalkan lagi menjelang 2023, separuh daripada 10 pembuat kereta terbaik akan menawarkan open source dan peningkatan keupayaan kenderaan melalui kemas kini perisian yang boleh dibeli di pasaran terbuka.
Di Jendela Biz, kami menyediakan tawaran pemilikan perniagaan digital dalam bidang automotif bagi anda yang berminat. Jika YA rujuk di sini : https://jendela.biz/tawaran/mycarkit
Hubungi kami jika berminat. Jadi usahawan jutawan digital bermula di tahun 2022 !
Leave a Reply