Rujuk maklumat di sini : https://jendela.biz/tawaran/close-loop-e-wallet
Penggunaan e-dompet meningkat sebanyak 131% kepada lebih 600 juta transaksi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata menurut laporan PayNet 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan pembayaran tunai telah menurun 11% kepada 78%, daripada 89% sebelum wabak itu.
“Statistik menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai telah mula diterima,” katanya pada pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Runcit (ReDi), di Hotel Dorsett Grand pada Isnin (18 April).
Nanta berkata kementeriannya telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan agenda pendigitalan menjadi objektif utama sektor peruncitan.
“Fokus utama kementerian adalah keperluan untuk peniaga di peringkat mikro dan kecil menerima dan mengguna pakai e-dompet,” katanya.
Nanta berkata sasaran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) adalah untuk memastikan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima penggunaan e-dagang serta mewujudkan 500,000 peluang perniagaan dan menyumbang 22.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. menjelang 2025.
“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang meningkat 30% tahun ke tahun pada suku pertama 2021 kepada RM254.6 bilion,” katanya.
Beliau berkata ReDI dilancarkan bertujuan memastikan peniaga kecil tidak ketinggalan dalam melibatkan diri dalam model perniagaan baharu secara digital.
Untuk mempunyai sebuah E Wallet sendiri, organisasi dan perniagaan anda memerlukan kos dan proses yang tinggi serta panjang. Ia tidak lari minima RM500,000 dan ke atas. Lihat juga size e wallet anda, lagi besar nilai simpanan nilai wang dalam sesebuah e-wallet, maka lagi tinggi kosnya.
Jadi untuk mengatasi perkara tersebut, Jendela Biz mengambil inisiatif memperkenalkan Close Loop E Wallet. Ia bukan untuk kegunaan awam, tetapi untuk kegunaan pelanggan anda sahaja.
Apakah kelebihan Close Loop E Wallet ini :
- mengekalkan pelanggan setia anda dan memastikan repeat purchase yang berkala cepat.
- memastikan syarikat anda sentiasa tersedia modal tunai ke hadapan
- sebarang promosi dan tawaran mudah sampai kepada pelanggan secara percuma (tiada kos telefon)
- transaksi kewangan yang selamat antara pembeli dan penjual.
- menambah ahli / pelanggan dan prospek dalam perniagaan atau organisasi anda
- database (big data) yang baik untuk perniagaan
- bisnes jangka panjang dan terus berkembang.
Hubungi pegawai kami jika anda berminat untuk menggunakan Close Loop E Wallet bagi perniagaan atau organisasi anda. Ia boleh diubah suai mengikut model dan operasi bisnes anda
Bertindak hari ini !
Leave a Reply