Manfaat Perniagaan Dengan Platform Digital yang Dikuasai oleh Jendela Biz

Jendela Biz adalah satu platform digital, bisnes online yang menguatkan hubungan dengan media sosial yang memiliki banyak pengguna dari seluruh dunia. Ia menghubungkan orang ramai, mempercepatkan penyampaian informasi dan mencetuskan kreativiti.

Kuasa tersendiri Jendela Biz adalah sentiasa menjadi platform aktif dan dipercayai oleh para pembeli. Ia turut boleh dimanfaatkan oleh jenama atau perniagaan untuk menarik minat dan perhatian pelanggan.

Jendela Biz membantu perniagaan mengetahui tabiat pengguna serta bagaimana perniagaan atau jenama boleh memanfaatkan platform tersebut.

Menurut data kami, perbualan di bulan Ramadan kebiasaannya bermula sebulan lebih awal. Pada 2021, perbualan pada bulan Ramadan melonjak dua kali ganda berbanding purata perbualan harian secara online sama ada melalui whatsapp atau media sosial.

Lonjakan pertama dalam perbualan bulan Ramadan bermula pada hari pertama puasa dengan peningkatan sebanyak 92 peratus dan lonjakan kedua berlaku pada akhir Ramadan dengan peningkatan 140 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020.

Dari segi bila dan bagaimana sesuatu perniagaan itu boleh mula merancang pula, adalah dengan mengikuti strategi yang dirangka oleh Jendela Biz, iaitu memahami trend perbualan, menggunakan kempen organik atau berbayar, siarkan kempen melalui perkongsian berbayar, dan kukuhkan lagi mesej dengan bahan organik serta kempen berbayar. (jika anda ingin tahu perbezaan kempen organik dan berbayar – hubungi kami untuk info lanjut)

Oleh itu, kami mengesyorkan perniagaan bermula lebih awal. Ambil tahu bahawa terdapat lima fasa perbualan berdasarkan data bulan Ramadan ini, Pra-Ramadan, Permulaan Ramadan, Lailatul Qadar, Hari Raya, dan Pasca Ramadan.

mengenai perbelanjaan di bulan Ramadhan, sebanyak sembilan daripada 10 pengguna di Twitter merancang untuk membuat pembelian semasa bulan Ramadan secara dalam talian dengan 45 peratus menjangkakan lebih banyak membeli-belah dalam talian.

Rakyat Malaysia menggunakan internet untuk mencari inspirasi dan idea membeli-belah ketika bulan Ramadan. Hal ini dapat memberi peluang kepada jenama untuk menyediakan lebih banyak kandungan beli-belah seperti tawaran produk, cadangan pembelian dan acara membeli-belah.

Ini adalah kelebihan bagi para usahawan jika mereka bertindak awal kerana akyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan lebih banyak tabiat baharu sejak awal pandemik dan aktiviti dalam talian. Pada bulan Ramadan, melayari media sosial dijangka menjadi aktiviti paling popular yang rakyat Malaysia akan lakukan untuk menghabiskan masa mereka (66 peratus) .

Kebarangkalian aktiviti dalam talian yang lain rakyat Malaysia bakal lakukan juga adalah penstriman filem dan TV (51 peratus), membeli-belah dalam talian (45 peratus), menonton TV (42 peratus), panggilan video (31 peratus) dan memesan makanan (24 peratus).

Sepanjang bulan Ramadan, rakyat Malaysia juga mencari cara mendapatkan inspirasi sesama sendiri untuk menyumbang kepada masyarakat (60 peratus) dan kekal berhubung dengan komuniti yang turut merayakan Ramadan serta Hari Raya (41 peratus).

Apa yang lebih menarik, kebanyakan tabiat baharu rakyat Malaysia berkemungkinan kekal walaupun selepas pandemik berakhir. Dengan pelbagai peringkat umur, rakyat Malaysia akan melakukan aktiviti menerusi dalam talian, seperti membeli-belah, membayar zakat, memesan makanan, penstriman kandungan, bersosial dengan orang tersayang dan rakan-rakan mereka, bekerja dari kediaman dan menghantar hadiah.

Bagaimana Jendela Biz boleh membantu ? Aktiviti di platform Jendela Biz boleh mendorong perniagaan dan jenama melancarkan kempen mereka serta berhubung dengan pengikut mereka. Terdapat peningkatan sebanyak tiga peratus dalam jualan apabila perbualan tentang jenama meningkat sebanyak 10 peratus.

Jenama juga boleh menggunakan sebaik-baiknya lima fasa Ramadan untuk memanfaatkan perbualan, melancarkan kempen dan berhubung dengan pengikut mereka.

Pada fasa pertama, iaitu dua minggu sebelum bermulanya Ramadan, rakyat Malaysia di Internet akan mula mempersiapkan diri untuk menyambut bulan puasa.

Jenama boleh memanfaatkan perbualan melalui pelbagai ciri seperti kad perbualan dan undian. Apabila kita memasuki fasa kedua peringkat ini atau permulaan bulan Ramadan, jenama boleh memanfaatkan pelbagai penglibatan demi memastikan orang ramai kekal aktif dalam topik perbualan.

Dengan memasuki 10 hari terakhir Ramadan atau fasa ketiga, mood orang ramai mulai berganjak ke suasana membuat persiapan menyambut hari perayaan. Jenama boleh memanfaatkan perbualan dengan acara kempen siaran langsung, melakukan Twitter SPACES, promosi video, website cards, dan sebagainya.

Pada fasa keempat, suasana perayaan telah meningkat apabila orang ramai mengunjungi sanak saudara untuk menyambut Hari Raya dan garis masa dipenuhi dengan ucapan Hari Raya. Jenama boleh memanfaatkan perbualan ini dengan mengambilalih garis masa dengan video promosi, karusel dan website cards.

Dalam fasa kelima, perhimpunan sosial masih diteruskan walaupun musim perayaan telah berlalu. Oleh itu,jenama masih boleh memanfaatkan perbualan ini untuk meningkatkan lagi penglibatan mereka dengan pengikut.

Tinjauan penyelidikan Jendela Biz juga mendapati bahawa 80 peratus rakyat Malaysia secara online berminat untuk membeli makanan dan minuman, diikuti oleh pakaian atau aksesori (77 peratus), alat solek/penjagaan kulit/minyak wangi (43 peratus), hadiah (33 peratus) dan alat teknologi (27 peratus).

Promosi dan diskaun Ramadan kandungan paling popular yang diminati oleh rakyat Malaysia semasa Ramadan (54 peratus), diikuti dengan ulasan dan cadangan produk (25 peratus) dan beli-belah secara langsung (19 peratus).

Rakyat Malaysia di internet sangat menerima kandungan membeli-belah Ramadan, yang menyediakan lebih banyak peluang untuk jenama melancarkan kempen mereka dan berhubung dengan audiens sasaran mereka.

Dengan tabiat baharu yang diamalkan sewaktu pandemik ini, rakyat Malaysia merancang untuk membeli-belah pada bulan Ramadan ini secara dalam talian (45 peratus) dan tiga daripada lima berpendapat bahawa mereka akan terus melakukannya selepas pandemik berakhir .

Tinjauan kami juga mendapati bahawa rakyat Malaysia ingin melihat lebih banyak kandungan membeli-belah, 54 peratus daripada mereka menginginkan promosi dan diskaun pada bulan Ramadan, 25 peratus berkata mereka ingin melihat ulasan dan cadangan produk dan 19 peratus pula ingin ke acara beli-belah secara langsung.

Apabila berkaitan dengan peringkat umur yang tertentu (18-29 tahun vs 30 tahun ke atas), generasi muda lebih berminat dengan kandungan seperti memasak, membeli-belah dan hiburan atau budaya pop.

Sementara itu, generasi yang lebih berusia lebih minat kepada topik
seperti kesihatan atau kesejahteraan, politik dan hal semasa, serta kandungan sukan. Menariknya, kedua-dua kumpulan umur menggemari kandungan keagamaan semasa Ramadan.

Seperti yang dijangkakan, kandungan keagamaan, kesejahteraan dan kesihatan merupakan kandungan paling popular yang selalu diharapkan oleh rakyat Malaysia semasa bulan Ramadan. Manakala, Gen-Z pula lebih suka kandungan tentang makanan dan memasak, hiburan serta membeli-belah.

Kandungan hiburan atau budaya pop dan komedi juga menunjukkan
peningkatan besar berbanding tahun sebelumnya, dan ada sebilangan rakyat Malaysia yang tidak ingin melihat berita tentang politik dan hal ehwal semasa semasa bulan ini.

Secara keseluruhan, rakyat Malaysia mencari kandungan ringan seperti komedi, hiburan, budaya pop dan membeli-belah. Kandungan yang menarik dan ringan ini akan membantu mereka untuk penyediaan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya akan datang.

Kesemua jenis perniagaan digital telah tersedia di dalam Tawaran Perniagaan Digital Jendela Biz . Anda akan menjadi pemilik perniagaan digital yang telah tersedia dan terus menikmati hasil dan boleh operasi tanpa sukar untuk membangunkannya.

Anda boleh mengetahui lanjut dengan menghadirkan diri di seminar di bawah, terhad kepada 20 bakal pemilik perniagaan digital sahaja. Manakala ianya percuma buat pengguna teknologi digital yang sedia ada.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *