Jumlah peniaga luar bandar yang menggunakan platform dan teknologi Jendela Biz meningkat 40 peratus sejak 2020, menurut data pengguna teknologi Jendela Biz.
Asia Tenggara terus menyaksikan penggunaan teknologi yang dipercepatkan, dengan 40 juta pengguna digital baharu direkodkan pada 2021.
Tahun lalu, lebih ramai yang dapat mengakses dan memperoleh manfaat daripada teknologi melalui Jendela Biz. Di negara ini dalam sepuluh transaksi perniagaan di platform Jendela Biz dibuat oleh pengguna yang membeli kali pertama secara online.
Jendela Biz kekal komited dalam misi untuk memberi manfaat kepada komuniti tempatan menerusi teknologi, terutamanya bagi golongan yang tidak mendapat manfaat atau perhatian dari bank-bank dan agensi kerajaan.
Dengan lebih ramai manusia dan perniagaan kini berada dalam talian, Jendela Biz terus berinovasi dan memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik, serta menyesuaikan diri dengan cara kehidupan, pekerjaan dan pembelian yang baharu.
Apabila manusia semakin berhubung di dunia online, ia dapat memberi impak yang lebih besar antara satu sama lain dan lebih penting lagi, menaikkan semangat supaya tiada siapa yang ketinggalan.
Inilah cara Jendela Biz menjana peluang baharu dan mencipta nilai untuk pembangunan ekonomi negara. Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah ekonomi digital yang lebih rancak dan inklusif bersama teknologi Jendela Biz.
Semasa Kempen Separuh Harga Teknologi Digital Jendela Biz di bulan Ramadhan tempohari, bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang membeli platform bisnes online meningkat 7.5 kali ganda sejak Januari 2020 hingga kini.
Bilangan pembelian secara online di luar bandar-bandar utama juga melonjak 3.5 kali ganda, ketika lebih ramai orang menikmati kemudahan pembayaran digital dari payment gateaway Jendela Biz.
Selain itu, pada tahun lalu, Jendela Biz mencipta alat dan ciri-ciri baharu bagi meningkatkan pendedahan penjual tempatan di platformnya.
Sebagai contoh, inisiatif Pejabat Online (backoffice) yang mengurus data pelanggan, pembayaran ejen, dropship dan membantu mereka menjangkau lebih ramai pembeli serta mengembangkan pangkalan data pelanggan mereka.
Lebih 300 usahawan tempatan mencapai jualan melebihi RM500,000 semasa bulan Ramadhan tahun ini.
Jendela Biz juga turut bantu meningkatkan kemahiran bakat-bakat tempatan, usahawan serta komuniti untuk berjaya dalam ekonomi digital menerusi inisiatif latihan teknologinya selain menyumbangkan kepada komuniti yang memerlukan.
Acara terdekat adalah Penerangan Tawaran Perniagaan Digital / Online yang akan berlangsung pada 2 Julai depan.
Hanya 5 tempat yang masih ada. Tempah sekarang dan berikan resit penyertaan di support@jendela.biz atau whatsapp ke 0124216052
Leave a Reply