Kemajuan teknologi memudahkan manusia dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Teknologi juga memudahkan individu berkomunikasi, mengembara, meneroka dan berinovasi tanpa mengira waktu.
Bagi umat Islam, kemajuan teknologi turut membantu mereka dalam menunaikan kewajipan terhadap agama, dalam aspek rohani dan spiritual.
Pelancaran aplikasi Muslim Pro misalnya, sangat membantu umat Islam bukan sahaja dalam aspek beribadah, tetapi juga peluang terbuka luas untuk mendalami ilmu agama itu sendiri, walau di mana mereka berada.
Dengan hampir dua bilion umat Islam di seluruh dunia, Islam dianggap sebagai agama yang paling pesat berkembang di dunia di mana setiap arakat Muslim di negara berbeza mempunyai adat istiadat, bahasa, tradisi, dan cara hidup mereka tersendiri. Ini adalah potensi pasaran yang besar bagi individu yang mencari alat dan pengetahuan yang akan membolehkan mereka berhubung dengan lebih mendalam dengan Islam dan aspek kerohanian mereka.
Tetapi aplikasi yang memenuhi pasaran yang semakin meningkat ini tidak wujud sebelum ini, dan Muslim Pro adalah antara yang pertama melancarkan aplikasi utiliti waktu solat pada bulan Ogos 2010. Kami bermula sebagai syarikat teknologi kecil yang terdiri daripada pengasas kami Erwan Mace, yang kemudiannya dianggap sebagai aplikasi gaya hidup Muslim yang paling popular di dunia dengan lebih daripada 120 muat turun serta digunakan oleh pengguna di lebih 190 negara.
Dari aplikasi yang memfokuskan kepada penyediaan waktu solat yang tepat berdasarkan geolokasi pengguna, Muslim Pro kemudiannya telah berkembang dengan turut mengandungi Al-Quran maya, doa-doa Hisnul, aturan bagi solat dan puasa, dan Kumpulan Khatam. Walaupun sebahagian besar perkembangan ini berlaku akibat situasi pandemik, pengalaman pelanggan yang positif terus mendorong kepada peningkatan penggunaan aplikasi.
Untuk mengikuti perkembangan pengguna, kami kini memberi tumpuan untuk menjadi produk bercirikan gaya hidup Muslim yang merangkumi kesemua aspek. Pendekatan yang digunakan adalah berfokuskan kepada kandungan yang menggalakkan interaksi, memberi inspirasi dan menyokong kehidupan harian Muslim.
Muslim Pro telah menjalani transformasi dari permulaan yang sederhana di Singapura kepada aplikasi yang menjangkau lebih daripada 120 juta muat turun dan pengguna di lebih daripada 190 negara sekali gus membolehkan umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah dan aktiviti keagamaan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka mahu.
Malah, Muslim Pro adalah aplikasi Islam yang paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021, dengan lebih daripada 1.6 juta pengguna di Malaysia dan beberapa ciri tempatan di pasaran.
Muslim Pro terus membuat penambahbaikan kepada kebolehcapaian dan kebolehgunaan aplikasi. Sebagai contoh, fungsi Al-Quran Muslim Pro menggabungkan teknologi teks-ke-tutur untuk membantu pengguna Muslim yang sering sibuk dalam perjalanan. Ciri ini membolehkan pengguna mendengar terjemahan audio Al-Quran dalam pelbagai bahasa yang dimainkan selepas bacaan Arab bagi setiap ayat. Pada masa ini, perisian Muslim Pro boleh didapati dalam sekitar 70 bahasa, termasuk Bahasa Malaysia.
Muslim Pro juga telah melihat kejayaan besar dengan ciri Khatam Quran yang dibina untuk merealisasikan impian dan niat kepada tindakan positif. Kerjasama dengan UNICEF pada tahun 2021 dan melancarkan usaha dana khalayak pertama untuk mengumpulkan wang bagi kanak-kanak di Yaman. Kempen ini menggalakkan pengguna untuk melengkapkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan untuk mengaktifkan ikrar Muslim Pro untuk menderma USD $ 30,000 kepada UNICEF bagi memperkasakan beratus-ratus kanak-kanak yang rentan dan kurang bernasib baik melalui pendidikan. Bukan sahaja Muslim Pro melebihi sasaran iaitu 10,000 naskhah al-Quran, tetapi memperoleh lebih setengah juta bacaan di seluruh dunia!
Selain itu, Muslim Pro bekerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Sedulur (SEDULUR) untuk mengagihkan makanan dan bekalan asas kepada 410 isi rumah yang terjejas di bandar Klang, Shah Alam, Hulu Langat, dan Banting di negeri Selangor pada Disember 2021. Muslim Pro juga menyumbangkan USD $10,000 (RM42,265) kepada isi rumah yang terjejas banjir sebagai sebahagian daripada sokongan mereka kepada masyarakat Malaysia.
Muslim Pro memahami bahawa aplikasi telefon pintar adalah nadi masyarakat yang didorong oleh teknologi hari ini. Aktiviti membeli, membaca, bermain, mendengar muzik, bersosial, dan juga bersembahyang, semuanya bergantung pada teknologi aplikasi.
Digitalisasi telah mengubah cara komunikasi dan tindakan kita secara radikal, termasuk amalan keagamaan kita. Muslim Pro memahami aspek kritikal ini untuk mewujudkan rasa komuniti (ummah) melalui aplikasi ini.
Muslim Pro berbangga dapat membantu pengguna Muslim rapat dengan Islam. Kempen “Ramadan Reconnect” yang baru dilancarkan akan menjemput pengguna untuk berhubung semula dengan Muslim Pro, spiritualiti dan komuniti mereka. Melalui pengalaman holistik yang melibatkan bulan Ramadhan, pengguna akan mendapat akses kepada pelbagai kandungan yang merangkumi kesihatan dan kesejahteraan, peningkatan rohani, refleksi agama, resipi, dan perspektif Ramadan dari seluruh dunia. Di samping kandungan yang hebat, salah satu manifestasi unggul ummah adalah ciri Khatam Al-Quran, di mana pengguna boleh menjemput rakan dan keluarga mereka dari seluruh dunia untuk membaca Al-Quran bersama-sama.
Muslim Pro akan melabur lebih banyak dalam membangunkan bahan dan kandungan untuk Muslim yang dilaksanakan juga oleh Muslim pada masa akan datang. Namun begitu, terdapat kekurangan dari segi kepelbagaian kandungan yang berpusat pada identiti Muslim. Tambahan pula, sektor hiburan Muslim mempunyai potensi yang belum diterokai, dan penonton mendambakan kandungan yang benar-benar mewakili jenis hiburan yang mereka nikmati, perjuangan, impian, dan tragedi. Muslim Pro berada di sini untuk mengisi kekosongan pasaran ini dalam masa yang sama menjemput orang bukan Islam untuk menerokai dunia Islam. Walaupun Muslim Pro telah mula menjana kandungan dan bekerjasama dengan pencipta kandungan untuk menghasilkan video gaya hidup Muslim dalam pelbagai topik termasuk kesihatan mental, seni Islam, dan kaunseling rohani, Muslim Pro sangat teruja untuk melaksanakan pelbagai projek lagi pada bulan-bulan akan datang.
Matlamat Muslim Pro adalah untuk mencipta aplikasi gaya hidup Muslim yang komprehensif yang menyediakan kisah-kisah, hiburan, dan kandungan ilmiah kepada umat Islam di seluruh dunia. Muslim Pro juga berhasrat untuk menarik perhatian pengguna yang mungkin tidak berminat dengan aplikasi yang dikhaskan secara eksklusif untuk agama semata-mata. Jadi, syarikat telah melabur dalam pembinaan kandungan yang merangkumi pelbagai tema gaya hidup namun dalam masa yang sama tetap setia kepada misi syarikat untuk memperkasa dan menghubungkan umat Islam di seluruh dunia melalui teknologi.
Di Malaysia, majoriti penggunaan aplikasi adalah untuk tujuan utilitarian. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pengguna Malaysia menggunakan waktu solat yang paling tepat yang disahkan dan selaras dengan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Ciri audio, seperti Al-Quran dan pemain audio doa juga merupakan antara ciri aplikasi teratas di Malaysia. Pada 2021, trek audio Al-Quran Muslim Pro digunakan lebih daripada 1.6 juta kali setiap bulan. Dengan minat yang begitu mendalam dalam fungsi audio, Muslim Pro akan melabur lebih banyak dalam kandungan video untuk menyediakan kandungan rohani dan keagamaan kepada pengguna bersama dengan pelbagai kandungan gaya hidup halal.
Di samping itu, applikasi telah menggabungkan aspek-aspek yang konsisten dengan aspek-aspek tuntutan keagamaan di negara ini. Oleh kerana terdapat permintaan untuk zakat melonjak sehingga 1.75X di Malaysia pada bulan Ramadan, Muslim Pro kini telah menambah kalkulator Zakat, bersama-sama dengan maklumat yang berkaitan mengenai cara membuat pembayaran zakat di Malaysia.
Melangkah ke hadapan, semua kemas kini produk akan dibuat dengan matlamat untuk memastikan bahawa pengguna dapat dilengkapi dengan / mempunyai akses ke semua sumber yang mereka perlukan. Syarikat juga membuat penambahbaikan pada keseluruhan pengalaman pengguna Muslim Pro berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna.
Muslim Pro mempunyai pasukan yang berdedikasi. Yang pertama adalah penasihat Syariah yang membantu untuk mengesahkan maklumat dalam semua kandungan Muslim Pro, sama ada ia tepat dan selaras dengan ajaran Islam empat mazhab yang berbeza. Pasukan ini juga mengenal pasti dan memahami tingkah laku aplikasi. Muslim Pro juga mempunyai ahli CS Arab yang membantu untuk berhubung dengan pihak berkuasa agama tempatan, dan menyemak artikel (ayat, hadis dan lain-lain).
Muslim Pro adalah aplikasi utama dengan waktu solat dan arah kiblat yang paling tepat, tetapi ketepatan ini bergantung pada beberapa faktor seperti geolokasi dan gangguan luaran. Untuk mencapai waktu solat dan arah kiblat yang paling tepat, pengguna digalakkan untuk membolehkan perkhidmatan lokasi dan juga dinasihatkan untuk menjauhkan telefon pintar dari logam dan magnet, yang boleh menjejaskan kompas telefon.
Pengguna tidak perlu risau tentang ketepatan waktu solat dengan adanya tetapan automatik. Ini kerana konvensyen waktu solat secara automatik akan mengikuti konvensyen yang paling lazim di lokasi pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh menentukan konvensyen kaedah waktu solat tertentu dalam tetapan.
Muslim Pro menawarkan waktu solat yang ‘disahkan’ bagi bandar-bandar utama di seluruh dunia. Bandar-bandar yang waktu solatnya telah ditambah dan disahkan dengan masjid dan / atau Pihak Berkuasa Agama tempatan akan mendapat lencana ‘Disahkan’ di sebelah ikon bandar dan / atau lokasi. Ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa mereka mendapat waktu solat yang sama seperti masjid / pihak berkuasa agama mereka.
Dalam era digital kini, keselamatan data dan privasi dengan cepat mendapat perhatian banyak syarikat teknologi, dengan sumber difokuskan kepada teknologi perlindungan keselamatan. Muslim Pro menitikberatkan perlindungan data peribadi pengguna dan kerana itulah syarikat telah melabur dalam dasar privasi yang kukuh yang mematuhi piawaian dan undang-undang antarabangsa.
Fungsi penting aplikasi Muslim Pro boleh diakses tanpa perlu mendaftar atau log masuk. Ini bermakna apps memerlukan hanya sedikit data untuk diproses. Muslim Pro juga menggunakan prosedur keselamatan standard industri untuk memastikan data pengguna selamat dan terjamin dalam infrastruktur data. Selain itu, Muslim Pro komited untuk menjalankan audit bebas sekali gus meningkatkan rasa bertanggungjawab dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tertinggi.
Pasukan Muslim Pro sentiasa mengkaji dan berinovasi untuk mencipta penyelesaian yang memenuhi tuntutan gaya hidup Muslim yang celik digital di Malaysia. Pada tahun 2018, 87.3 peratus pengguna Internet melihat atau memuat turun video dalam talian dan menunjukkan peningkatan daripada 77.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Adalah jelas bahawa industri media dan hiburan telah berubah, dan terdapat peluang untuk meningkatkan pendapatan melalui pendigitalan dan platform dalam talian.
Oleh itu, Muslim Pro merancang untuk menawarkan kandungan hiburan yang mesra Muslim kepada pengguna dengan memperkenalkan lebih banyak video gaya hidup di aplikasi, termasuk inforia, video memasak, dan pelbagai lagi. Pasti ada sesuatu untuk semua!
Selain itu, Muslim Pro berusaha untuk menawarkan persekitaran aplikasi yang selamat bagi membantu pengguna dalam menavigasi rutin keagamaan harian mereka. Dari direktori makanan Halal ke bahagian Masjid dan Komuniti, Muslim Pro memupuk komuniti umat Islam yang memperkasa, menaikkan semangat, dan memberi inspirasi antara satu sama lain.
Masih banyak lagi yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ekosistem Islam, dan ini hanyalah permulaan!
Leave a Reply