Delyva Sdn. Bhd. (Delyva) melancarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa baharu yang menyasarkan dapat membantu lebih 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke platform antarabangsa.
Perkhidmatan baharu itu mempunyai pelbagai penyedia perkhidmatan kurier antarabangsa yang meliputi lebih daripada 100 negara di seluruh dunia dan boleh diakses dengan platform tempahan penghantaran DelyvaNow.
Ia membolehkan PKS mendapatkan kadar yang lebih menjimatkan untuk perkhidmatan kurier antarabangsa dan menjual ke lebih banyak pasaran tanpa mengira jumlah penghantaran atau jumlah perkhidmatan kurier antarabangsa yang digunakan.
Mereka juga mendapat akses ciri penjejakan bersatu di mana mereka dapat mengesan semua penghantaran antarabangsa mereka hanya di satu tempat dan memberikan kemas kini penjejakan masa nyata kepada pelanggan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Delyva, Hanif Wahid berkata, pihaknya memperkenalkan perkhidmatan itu setelah menyedari banyak PKS tempatan menghadapi masalah kerana tidak mampu membayar kos tinggi perkhidmatan penghantaran antarabangsa dan kekurangan sumber untuk uruskan logistik.
“Kami juga mendapati beberapa penjual tidak tahu bagaimana untuk melakukan penghantaran antarabangsa. Delyva menyelesaikan masalah-masalah ini dengan platform tempahan penghantaran kami yang menyelaraskan aliran kerja.
“Justeru, peniaga PKS dapat jimat masa dan kos dan memberi tumpuan mengembangkan perniagaan mereka. Kami berharap dapat menarik sekurang-kurangnya 100,000 PKS untuk mendaftar ke perkhidmatan baharu ini menjelang akhir 2022,” katanya dalam kenyataan.
Sistem tempahan penghantaran Delyva dapat diintegrasikan dengan mana-mana platform termasuk platform-platform jual beli dalam talian yang popular, menjadikannya mudah dan cepat bagi penjual untuk menggunakan perkhidmatan baharu terebut untuk penghantaran antarabangsa.
Sementara itu, pembeli dapat melihat pilihan perkhidmatan kurier semasa ingin membuat pembayaran dan boleh pilih perkhidmatan yang mereka lebih suka gunakan.
Delyva sudah mempunyai rekod prestasi yang baik dalam membantu PKS menguruskan penghantaran domestik.
Perkhidmatan baharu ini diharap dapat membantu menggalakkan lebih ramai penjual untuk mempertimbangkan untuk memperluaskan jangkauan pasaran mereka di luar Malaysia.
Jendela Biz menyediakan solusi lengkap pembinaan applikasi untuk semua jenis perniagaan anda dengan harga yang paling kos efektifdi Malaysia. Jendela Biz juga menyediakan dana digital bagi syarikat yang baru serta berdaya saing untuk memangkin pertumbuhan perniagaan dari segi digital.
Hubungi kami hari ini di support@jendela.biz atau whatsapp 0124216051
Leave a Reply