Jendela Biz Mengkreatifkan Bisnes Online Anda

Usahawan disaran lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka dengan memanfaatkan penggunaan platform digital yang sinonim dengan teknologi kewangan terkini

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata kreativiti adalah alat penting untuk membangun dan memasarkan produk di dalam negara serta di pasaran antarabangsa.

“Agensi kerajaan menyediakan beberapa bentuk bantuan seperti geran, pinjaman, latihan dan sokongan teknikal, antara lain bagi membantu usahawan mengembangkan lagi produk mereka.

“Oleh itu, usahawan perlu bersungguh-sungguh meneroka dan mencari peluang untuk mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan, mungkin dari aspek pengurusan kewangan atau penjagaan stok,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan ‘Program Tahun Himpunan Usahawan’ dan SME Corp’s Micro, Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (Minggu MSME) bagi Perlis, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Azizan Sulaiman, Siti Berenee Yahaya dan ketua pegawai eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy.

Jendela Biz bersama di dalam program itu turut menerangkan produk dan servis digital yang disediakan sebagai inisiatif kerajaan swasta untuk membantu usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Melalui platform lengkap digital Jendela Biz yang merangkumi website, pejabat online, data pelanggan serta prospek dan pemasaran digital, usahawan di negeri boleh menjual produk dan menyebarkan maklumat berkaitan perkhidmatan dan inisiatif mereka serta mencari bantuan yang ditawarkan jabatan dan agensi yang berkumpul dalam satu platform.

Ini pastinya akan dapat membantu usahawan meningkatkan jualan, pendapatan dan jaringan dengan pihak lain.

Platform digital lengkap Jendela Biz berjaya kerana ia membantu dan menyediakan saluran untuk usahawan memperkenalkan, mempamer dan menjual produk dan perkhidmatan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya semasa wabak Covid-19.

Jendela Biz bukan sahaja memasarkan barangan dan perkhidmatan secara online tetapi usahawan juga boleh menggunakan portal tersebut untuk mendapatkan maklumat perniagaan terkini dan bantuan daripada agensi kerajaan seperti SME Corp dan agensi lain juga.

Bermula dari 2 Julai hingga ke 10 Julai, usahawan boleh melengkapkan diri mereka dengan platform lengkap digital (bisnes online), dengan hanya RM1000 sahaja berbanding RM1,500 sebelum ini. Ia bersempena dengan promosi Aidiladha.

Atau usahawan boleh memilih untuk memulakan bisnes online mereka dengan hanya RM100 selama 15 bulan bayaran ansuran tanpa faedah untuk lengkap memulakan platform digital mereka.

Soalan lanjut boleh menghubungi support@jendela.biz


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *