Apex Healthcare Berhad (Apex Healthcare) mencatatkan lonjakan sebanyak 83.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM23.49 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2022 (S2 TK2022), berbanding RM12.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Pendapatan bagi suku tersebut juga menyaksikan peningkatan hingga 14.6 peratus kepada RM209.25 juta daripada RM182.56 juta pada tahun sebelumnya.
Apex Healthcare adalah antara pengeluar dan pengedar produk farmaseutikal serta barangan penjagaan kesihatan pengguna di negara ini.
Kehadiran subvarian Covid-19 yang mencetuskan gelombang di peringkat global mendorong syarikat untuk terus berusaha keras dalam mengekalkan integriti rantaian bekalan.
Manakala Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak RM16.31 juta, naik enam peratus pada suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Peningkatan tersebut didorong oleh jualan yang lebih baik dalam segmen klasik beretika dan sektor kesihatan awam.
Jendela Biz sebagai penyedia platform perniagaan online dan digital mempunyai Tawaran Perniagaan Digital dalam sektor kesihatan yang telah siap tersedia. Ia boleh dimiliki dan terus menjalankan perniagaan di sektor yang paling menjana keuntungan ini.
Rujuk di https://jendela.biz/tawaran/my-tele-klinik
Jika anda adalah bakal pemilik perniagaan digital di dalam sektor ini, hubungi kami.
Leave a Reply