Pelancongan Saudi lancar applikasi digital untuk pelancong dan jemaah

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA – Saudi Travel Agency) baru-baru ini melancarkan Nusuk (nusuk.sa), platform digital bersepadu umrah baharu, yang mengalu-alukan jemaah haji di seluruh dunia untuk merasai pengalaman umrah.

Nusuk, satu inisiatif yang dilancarkan oleh STA dengan kerjasama Wawasan 2030 Program Pengalaman Berziarah (Vision 2030 Pilgrim Experience Program) diumumkan dengan dihadiri menteri haji dan umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

(Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah)

Nusuk akan memperluaskan rangkaian pilihan, meningkatkan pengalaman keseluruhan umat Islam melawat Arab Saudi, dan membolehkan prosedur ketibaan yang lebih mudah untuk pelawat menunaikan umrah.

“Ketika kami membuka pintu untuk mengalu-alukan kembali kumpulan terbesar jemaah haji dari seluruh dunia ke Arab Saudi selepas wabak, kami berharap dapat menyediakan pengalaman tempahan yang meluas dan lancar dengan pilihan perjalanan yang diperluaskan.

“Ini akan membawa mereka dalam perjalanan rohani (ibadat) merentasi tarikan dan tawaran dunia Islam yang berbeza antara Makkah dan Madinah untuk mengalami detik yang mengubah hidup dan menemui tawaran budaya dan warisan yang kaya di Arab Saudi,” kata Dr Tawfiq dalam satu kenyataan.

Ketua pegawai eksekutif STA dan ahli lembaga pengarah Fahd Hamidaddin berkata agensi itu komited untuk menjadikan Arab Saudi lebih mudah diakses oleh semua pelawat.

“Bagi jemaah haji, kami telah melancarkan platform digital Nusuk yang direka untuk jemaah haji dan pelawat merancang perjalanan rohani mereka dengan lancar.

“Jemaah haji dari Malaysia boleh memohon e-visa di platform Nusuk dan menempah pakej istimewa ke Makkah, Madinah dan seterusnya. Kami juga bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menggalakkan jemaah haji menerokai Arab Saudi yang indah dan menikmati pelbagai aspek melalui program Umrah+ kami. ,” kata Fahd yang juga pengarah urusan Nusuk.

Malaysia sudah pun menjadi pasaran sumber pelancongan utama untuk Arab Saudi.

Negara ini telah mengeratkan hubungan dengan rakan kongsi dan komited untuk melabur dan bekerjasama rapat dengan pemain tempatan bagi memastikan pengalaman relevan dan menarik kepada pasaran Malaysia.

Tahun lepas, Arab Saudi mengalu-alukan 312,000 pelawat Malaysia dan tahun ini sasarannya adalah untuk menggandakan bilangan pelawat.

Untuk mencapai matlamat bercita-cita tingginya, STA mengumumkan dua inisiatif utama pada jerayawara Malaysia, iaitu pakej Umrah+ yang dipertingkatkan dan Visa Persinggahan.

Pakej Umrah+ yang dipertingkatkan direka bentuk untuk membolehkan pengembara menemui Arab Saudi sebagai destinasi percutian yang hebat dengan tawaran budaya dan sejarah yang kaya, alam semula jadi dan landskap yang pelbagai.

Arab Saudi adalah rumah kepada 6 tapak Warisan Dunia UNESCO dan lebih 10,000 tapak arkeologi yang sedang menunggu untuk diterokai, termasuk Al Balad di Jeddah dan Turaif di Diriyah – tempat kelahiran Arab Saudi bersama-sama dengan pergunungan Aseer dan bandar-bandar kecil yang menawarkan warisan dan budaya pengalaman – membolehkan pelawat merasai pengalaman sebenar tanah Arab.

Visa Persinggahan yang diumumkan baru-baru ini terbuka kepada semua pengembara masa lapang, perniagaan dan keagamaan yang terbang di SAUDIA dan flynas.

Pengembara boleh mengalami persinggahan di Arab Saudi sehingga 96 jam dan menikmati penginapan hotel satu malam percuma dengan Saudia (Penerbangan Nasional Arab Saudi).

Ini menjadikan Arab Saudi destinasi sempurna untuk rakyat Malaysia yang kebiasaannya melancong ke Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Saudi telah melabur dalam beberapa projek giga seperti Qiddiya, Neom, dan Murabba baharu yang diumumkan baru-baru ini di Riyadh dipanggil ‘The Mukaab’, yang akan menjadi pusat bandar moden terbesar di dunia.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *