Transformasi digital terhadap ekonomi dunia tidak dapat dielakkan oleh semua perniagaan dan usahawan. Semasa keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, digital ekonomi membantu perniagaan untuk lebih berdaya saing terutamanya melalui platform e-dagang atau market place untuk perniagaan itu merentrasi sempadan dan meningkatkan produktiviti dengan kos yang efisien.
Kebaikan untuk pengguna atau pelanggan pula ialah, platform e-dagang ini memberikan mereka pengalaman membeli dengan lebih mudah, cepat dan murah. Sama ada platform e-dagang anda fokus kepada pasaran tempatan mahupun antarabangsa, ia akan dapat diakses oleh potensi prospek anda di mana sahaja di pelusuk dunia.
Ditambah lagi dengan keyakinan kawalan keselamatan transaksi secara online, pengguna semakin yakin untuk melakukan pembelian melalui platform e-dagang. Tawaran jaminan produk, harga yang kompetitif serta capaian maklumat lengkap dan pengesanan produk (tracibility) akan memberikan sesuatu produk itu kelebihan kepada pengalaman pengguna yang membeli secara online. Semuanya dihujung jari.
Jadi, perdagangan digital adalah sangat penting di seluruh dunia, dan Malaysia tidak boleh terkecuali.
Sumbangan hasil ekonomi dari sektor digital kepada Malaysia adalah US$68.6 billion atau bersamaan 19.1% keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2019 lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Angka ini akan terus meningkat dan dijangka naik lagi menjelang tahun 2025, KDNK Malaysia akan mencapai 22.6% melalui sumbangan sektor ekonomi digital sahaja, menurut kajian MyDigital – sebuah badan kerajaan yang perananya adalah memacu ekonomi Malaysia dari sektor teknologi maju.
Aktiviti e-dagang sahaja menyumbang kepada $30.2 billion kepada KDNK Malaysia pada tahun 2020, menurut laporan Institute of Strategic & International Studies (Isis) Malaysia. Laporan ini juga menyebut bahawa platform e-dagang menerima 26% tambah nilai daripada industri ICT (information and communications technology) dan selebihnya 74% dari aktiviti e-dagang lain-lain industri.
Pelanggan atau pengguna baru dari sektor e-dagang ini telah meningkat kepada 3 juta orang selepas wabak Covid19 melanda negara. Manakala pengguna atau pelanggan yang sedia ada membeli secara online sebelum 2020 pula masih kekal secara purata melakukan pembelian kepada 4.2 produk atau servis secara online.
Covid19 menimbulkan desakan yang ketara buat setiap rakyat Malaysia, isi rumah, perniagaan mahupun pekerja dalam menguasai teknologi digital ini.
Apatah lagi perkataan digitalisasi kini berkumandang hampir setiap hari dari polisi-polisi kerajaan hinggalah ke pemain-pemain swasta. Jadi teknologi digital ini sangat penting untuk meningkat keseluruhan ekosistem ekonomi negara yang lebih utuh dan berdaya saing untuk memberi manfaat kepada rakyatnya.
Terbukti telah banyak syarikat mendapat manfaat dari transformasi digital ini. Syarikat-syarikat perniagaan kini lebih cepat untuk mendapatkan teknologi digital bagi melayani kehendak pelanggan di Malaysia yang merangkumi 80% kuasa beli, adalah melalui online.
Malaysia harus pantas dalam menguasai ekonomi digital supaya lebih banyak pelaburan dalam sektor ini dihasilkan, seterusnya memastikan ekosistem ekonomi yang sihat kepada negara.
Industri Kecil & Sederhana (IKS)
Dari sudut mata pandangan sektor IKS pula, digitalisasi memberikan peluang kepada mereka untuk mendapat akses kepada dana dengan lebih baik dan boleh bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar, menakluki pasaran yang lebih luas dan mendapat hasil produktiviti yang lebih efisien.
Untuk IKS menyertai digital ekonomi atau e-dagang bagi mengembangkan hasil mereka, perkara wajib yang perlu dilakukan mereka ialah belajar untuk mempunyai kebolehan, menguasai dan sanggup untuk belajar teknologi digital ini.
Data daripada Google Malaysia menyatakan, ramai peniaga IKS pasti gulung tikar jika mereka tidak menguasai teknologi digital sewaktu Covid19 melanda negara lalu. Sepuluh dari IKS itu berkata kepada Google Malaysia bahawa hasil keuntungan syarikat mereka dalam masa 5 tahun akan datang adalah datangnya dari e-dagang, iaitu sebanyak 50% kutipan hasil perniagaan.
Oleh itu amat penting bagi kerajaan dan juga pemain swasta berganding bahu dalam membantu IKS menguasai teknologi digital ini.
Sebab itu BestPay Solution Sdn Bhd menubuhkan anak syarikat yang fokus kepada transformasi digital bagi IKS iaitu Jendela Biz pada tahun 2020 sejurus selepas wabak Covid19 melanda negara. Kami mendapati terlalu ramai IKS di luar sana yag tidak mempunyai maklumat atau pengetahuan berkenaan bagaimana untuk memulakan transformasi digital terhadap perniagaan mereka. Jendela Biz menyediakan ekosistem yang menyeluruh dan lengkap bagi IKS menguasai perniagaan melalui saluran digital serta e-dagang.
Jendela Biz juga menyediakan latihan teknikal kepada IKS yang menggunakan platform digitalnya. Ia termasuk laporan kecerdasan buatan untuk IKS mengetahui serta membaca tabiat pengguna dalam menggunakan produk mahupun servis IKS itu.
Walaubagaimanapun, kami mendapati tahap transformasi digital perniagaan-perniagaan di Malaysia masih berada di tahap rendah. Faktor pengetahuan, kemahiran, maklumat dan kos menghantui para IKS untuk ‘memeluk’ digitalisasi ini. Ia sama dengan data dari Bank Dunia di mana mereka mendapati syarikat gergasi lebih cepat menguasai pendigitalan dalam perniagaan mereka kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan cabaran yang disebut di atas.
Ya, IKS kini ada website yang ringkas, seperti memilih barangan, kemudian check-out melakukan bayaran. Itu adalah asas e-dagang. Tetapi IKS negara masih tidak menguasai IOT (Internet of Things) yang memberikan penyelesaian yang lebih cemerlang kepada perniagaan. Dari segi ini, IKS di Malaysia telah ketinggalan dari rakan ASEAN mereka seperti Singapura dan Thailand yang lebih kedepan akan IOT pada perniagaan mereka.
Hanya 62% syarikat Malaysia mempunyai kehadiran di internet, 28% sahaja mempunyai laman web sendiri dan hanya 15% sahaja menggunakan platform e-dagang untuk mengekspot produk mereka. Ia masih rendah ! Malah syarikat kecil lebih rendah peratusannya dan ini mewujudkan jurang besar antara syarikat multi-nasional dan juga IKS. Sebab itu banyak juga syarikat IKS yang tidak mampu bertahan dan gulung tikar apabila Covid19 melanda.
Mereka yang bertahan adalah mereka yang mempu dengan cepat menguasai teknologi digital dengan baik dan lebih kreatif untuk berinovasi melalu platform e-dagang mereka supaya terus menjangkau pelanggan mereka.
Banyak polisi-polisi yang ditawarkan oleh kerajaan, namun tahap keberkesanannya boleh belum dapat dipastikan. Birokrasi dan agihan yang adil menghantui banyak usahawan-usahawan IKS. Koordinasi antara badan kerajaan dan usahawan IKS juga tidak begitu ketara memberikan hasil yang lumayan. Banyak kisah kejayaan yang ditonjolkan adalah daripada syarikat-syarikat mutinasional atau anak syarikat mereka yang sememangnya mempunyai networking tersedia dan data. Tidak IKS yang sebenar.
Oleh itu pemain atau usahawan itu sendiri perlu memulakan inisiatif mengikut kadar mereka. malah perlu tingkatkan lagi usaha di samping mencapai bantuan transformasi digital sama ada dari kerajaan ataupun pihak swasta, seperti peranan yang dimainkan oleh Jendela Biz dalam membantu IKS mentransformasikan perniagaan ke arah digital dengan lengkap.
Sebelum Covid19, perniagaan melihat digitalisasi sebagai suatu kemewahan sesebuah syarikat itu. Tetapi kini ia merupakan keperluan wajib untuk terus survive di dalam perniagaan dan ekonomi yang cepat berubah.
Razrul Anwar Rusli adalah teknokrat selama hampir 2 dekad. Beliau adalah pengasas dan CEO BestPay yang melahirkan perniagaan digital merangkumi sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kewangan.
Leave a Reply