KL akan dijadikan pusat industri digital dan syarikat permulaan

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Kerajaan bercadang menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab serantau bagi syarikat permulaan dan industri digital dalam usaha merancakkan aktiviti ekonomi digital negara.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ekonomi digital merupakan satu daripada tiga sektor strategik bernilai tinggi dan mampu merangsang pelaburan serta menawarkan pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat yang menjadi tumpuan kementerian dalam penstrukturan semula ekonomi negara.

Katanya 3 sektor yang menjadi tumpuan Kementerian Ekonomi ialah tenaga; peralihan ke arah tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan keselamatan makanan.

Justeru, katanya, kementerian kini sedang menjalin kerjasama dengan kementerian lain yang terlibat dalam ekosistem ekonomi digital iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Perhubungan dan Digital; dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk meningkatkan ekonomi digital negara supaya ia bersepadu.

Langkah pertama untuk kerajaan mencapai perkara tersebut ialah meningkatkan daya tarikan Kuala Lumpur sebagai pusat syarikat permulaan dan industri digital serantau untuk menarik pelaburan dan bakat digital ke negara ini.

“Ia memerlukan perubahan dasar yang agresif yang meliputi pelbagai bidang, termasuk penyatuan usaha agensi kerajaan, proses visa kerja yang lebih cekap dan terbuka, insentif digital yang lebih menarik dan pengeluaran tenaga kerja dalam industri digital pada skala nasional,” katanya. berkata.

Beliau berkata lagi, dasar dan inisiatif khusus akan diumumkan secara berperingkat dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai tarikan bagi syarikat baharu serantau.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *