Pelancongan HALAL – Pertumbuhan Utama Negara

Pelancongan HALAL boleh menjadi sektor pertumbuhan utama bagi Malaysia.

Terdapat kira-kira dua bilion umat Islam global hari ini daripada sekurang-kurangnya 13 pasaran pelancongan mesra Muslim. Umat Islam membentuk 25% daripada populasi dunia sekarang. Menjelang 2030, mereka akan menjadi 27% daripada populasi dunia. Jadi, jika anda menjalankan sebarang perniagaan dalam sektor ini, anda tidak boleh mengabaikan pasaran yang sungguh besar ini.

Walaupun angka Tourism Malaysia untuk separuh pertama tahun 2023 ini menunjukkan bahawa ketibaan pelancong China kekal tertinggi, perlu diperhatikan juga ialah ketibaan dan sambutan yang semakin meningkat dari pasaran Islam termasuk Arab Saudi, yang mencatatkan pertumbuhan dua angka pada 85.3%.

Jendela Biz yang merupakan penyedia platform digital terkemuka Malaysia telah menyediakan suatu platform lengkap HALAL HUB ( حلال ), untuk dimiliki oleh usahawan-usahawan Malaysia, yang menyediakan panduan tentang semua aspek perjalanan, makanan dan apa sahaja yang mesra halal kepada pelancong di seluruh dunia.

Menurut rekod 2022, ketibaan pelancong antarabangsa Muslim ke Malaysia mencecah 110 juta, dan diramalkan mencecah 140 juta tahun ini. Asia juga kini mendahului dan menjadi pilihan pelancong Muslim, dengan lebih 31% daripada semua pelancong ke rantau ini dikenal pasti sebagai Muslim.

Menjelang 2028, ketibaan pelancong Muslim dijangka mencecah 230 juta, dengan unjuran perbelanjaan sebanyak AS$225bil (RM1.1 trilion).

HALAL HUB ( حلال ) mampu menyediakan semua data merentas hampir setiap sektor negara untuk menawarkan servis menyeluruh tentang destinasi, makanan, lojistik, perniagaan dan pelbagai lagi untuk memenuhi keperluan segmen perjalanan halal yang semakin meningkat.

Pada Jun, GMTI 2023 dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut menamakan Malaysia sebagai “Destinasi Mesra Muslim Terbaik” dan “Destinasi Mesra Wanita Muslim Terbaik”. Ini merupakan suatu ruang perniagaan besar buat bakal pemilik  HALAL HUB ( حلال ) .

Malaysia secara konsisten berada di barisan hadapan GMTI sejak 2015. Singapura menduduki tempat ke-12, menjadikan ia hanya satu daripada dua negara (bersama United Kingdom) di luar OIC untuk menduduki tempat 20 teratas.

Negara destinasi bukan OIC adalah mereka yang bukan penduduk majoriti Islam. Sekali lagi, kita melihat Asia menunjukkan prestasi yang baik. Jadi, Asia secara amnya adalah rantau yang sangat mesra Muslim.

Namun, masih banyak lagi yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menarik pelancong Muslim.

Industri pelancongan masih pulih daripada wabak itu, dan secara global, pemulihan keseluruhan industri pelancongan mungkin sekitar 60% . Oleh itu platform digital yang memudahkan serta mesra pelancong Muslim seperti  HALAL HUB ( حلال )  akan menarik lebih banyak pelancong dari segmen ini dan seterusnya menjana keuntungan besar buat pemiliknya.

Malaysia adalah peneraju destinasi Asean untuk pelancongan Islam dan mempunyai peluang untuk berkembang lagi.


Jadi pemilik Perniagaan Digital Jendela Biz HALAL HUB ( حلال )   hari ini. Hubungi whatsapp 60124216051 atau email support@jendela.biz untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *