Pelaburan berkaitan digital cecah RM110 bilion dalam negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Malaysia telah memudahkan RM110 bilion dalam pelaburan berkaitan digital, hampir dua kali ganda sasaran di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital Malaysia (MyDigital), kata ketua pegawai eksekutif Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz.

(Mahadhir Aziz – foto Malay Mail)

Beliau berkata faktor seperti moratorium Singapura ke atas pusat data baharu dan peralihan pelaburan pusat data ke Malaysia telah membantu negara mencapai sasaran RM70 bilion MyDigital lebih awal daripada 2025.

Menurut MDEC, cadangan untuk meningkatkan sasaran keseluruhan jangka panjang daripada RM 70 bilion kepada RM 130 bilion telah dihantar kepada kerajaan.

Beliau dipetik berkata semasa Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 di sini hari ini yang turut diserta Jendela BIZ

Beliau berkata aspirasi MDEC adalah untuk Malaysia menjadi jantung digital Asean dan dikenali sebagai harimau digital Asia.

Berikutan misi pelaburan dan eksport MDEC baru-baru ini dengan Kementerian Komunikasi dan Digital ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mahadhir berkata perbincangan dengan gergasi hartanah emirat, Damac Group, masih di peringkat awal kerana kumpulan itu sedang meneroka peluang untuk melabur dalam perniagaan pusat data di rantau ini.

“Disebabkan hubungan baik antara Malaysia dan UAE, kami adalah tempat terbaik untuk DAMAC pertimbangkan. Mereka sedang melihat beberapa lokasi dalam Malaysia sendiri.

“Saya fikir untuk sebarang pelaburan, sama ada perbelanjaan kecil berbanding pelaburan pusat data besar, ia akan mengambil masa antara satu hingga tiga tahun untuk direalisasikan,” katanya.

Grand Final MDX 2023 akan diadakan dari 6-8 November 2023, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, dan menggabungkan sesi panel antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas ketua Go-to-Market OpenAI , Zack Kass serta penyertaan 45 penceramah terhormat yang lain.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *