SEKTOR kandungan digital di Malaysia telah berkembang dan meningkat hampir dua kali ganda kepada RM1.6 bilion pada 2023 berbanding RM550 juta pada 2022 yang membawa lebih 1,900 peluang pekerjaan kepada negara ini.
Perkembangan yang semakin pesat dari tahun ke tahun telah membawa sektor kandungan digital sebagai satu hab ekonomi baharu kepada negara seiring dengan peningkatan penggunaan internet dan teknologi.
Tidak hanya peluang pekerjaan, malah industri yang semakin mendapat permintaan itu juga dapat meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
Dari platform media sosial melalui perdagangan elektronik (e-dagang), sukan elektronik (e-sukan), animasi dan banyak lagi, kandungan digital tidak hanya mempercepat transformasi digital negara, malah menjadi nadi kepada perniagaan moden dan inovasi yang memacu kepada peningkatan ekonomi negara.
Jendela Biz sentiasa berhasrat untuk mencipta masa depan digital yang lebih mampan selaras dengan visi dan misi negara untuk menjadi destinasi utama transformasi digital bagi rantau ini.
Aspirasi ini seiring dengan arus pendigitalan yang dapat dilihat di peringkat global yang semakin pesat, di mana teknologi digital bukan sahaja mengubah landskap ekonomi tetapi juga mengubah cara berinteraksi, bekerja malah cara menjalankan perniagaan.
Jendela Biz akan seiring dengan generasi muda untuk memacu ekonomi digital negara yang dijangka menyumbang lebih 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun mendatang. Secara tidak langsung membuka laluan ke peringkat global bagi para pemain industri digital tempatan.
Jendela Biz juga akan lebih giat menyokong dan mendidik pertumbuhan bakat dan inovasi juga membuka peluang untuk kerjasama strategik antara syarikat teknologi global, inovator tempatan dan pembuat dasar.
Sebagai contoh, pasaran kandungan kreatif dunia dijangka mencecah RM3.1 trilion menjelang 2027 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 9.97 peratus di antara 2020 sehingga 2027 meliputi pelbagai bidang termasuk filem, televisyen, permainan video, media sosial dan platform penstriman. Ini termasuk industri permainan video dan e-sukan di Malaysia turut dijangka mendapat ataupun meraih pendapatan kira-kira RM3 billion dengan bilangan pemain yang semakin meningkat.
Menurut data dua per tiga daripada 34.1 juta penduduk Malaysia adalah orang yang aktif sebagai pemain utama dalam pasaran kandungan digital dan e-sukan. Industri ini juga dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 7.55 peratus sehingga 2027.
Data juga menujukkan industri kandungan digital di Malaysia juga telah meningkatkan kadar peluang pekerjaan secara profesional di negara ini dengan kira-kira a 10,000 pekerja profesional.
Jendela Biz sememangnya sudah bersedia untuk menyokong para usahawan untuk jajaran ekonomi baharu ini kerana pasarannya yang semakin berkembang di peringkat global.
Dengan banyak teknologi-teknologi Jendela Biz yang mudah untuk digunakan, seperti produk baharu email blasting Jblazz (https://jendela.biz/jblazz), ia akan membantu para usahawan meneroka ruang ekonomi dalam meluaskan pasaran perniagaan mereka.
Leave a Reply