Inspirasi Bisnes IKS Kecantikan

SEBAGAI seorang peniaga restoran masakan panas, Hazlina Hashim, 41, turut berdepan kesukaran sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Namun ibu kepada dua orang anak berusia 14 dan 11 tahun itu sama sekali tidak berputus asa untuk mencuba sesuatu yang baharu dalam membantu menjana pendapatan dengan menjual produk kecantikan Toya Serum.

Siapa sangka, dalam tempoh yang singkat sekitar sembilan bulan, Hazlina dari Kampung Teluk, Tambun Tulang, Arau, Perlis sudah mampu menjana pendapatan sehingga RM150,000 sebulan selain mempunyai lebih 30 ejen dan stokis di seluruh negara.

Istimewanya, ejen atau stokis yang terdiri dalam kalangan suri rumah, individu hilang kerja dan sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan mampu menjana hasil antara RM5,000 sehingga RM35,000 sebulan sekali gus membantu mereka keluar dari kesusahan khususnya dalam tempoh PKP sebelum ini.

Haslina yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, pada peringkat awal, khususnya dalam tempoh PKP, dia hanya menjual produk tersebut secara separuh masa melalui dalam talian (secara digital) bagi membantu menambah pendapatan.

Kata bekas penyelidik pejabat Menteri Besar Perlis sekitar 2000 hingga 2003 itu, perniagaan produk tersebut mendapat sambutan cukup memberangsangkan selepas melihat keberkesanan Toya Serum itu.

Menurut beliau lagi, Toya Serum dapat membantu suri-suri rumah, mereka yang hilang kerja dan sesiapa sahaja menambah pendapatan dalam suasana serba mencabar ketika ini.

Ejen-ejen Toya Serum yang menjual secara online, mempunyai banyak masa menguruskan keluarga sambil menjana pendapatan.

Tambah Haslina, produk Toya Serum tersebut terdiri dari serum muka berharga RM33, pembersih muka RM39, dan krim pelindung, RM29.

Sasaran Toya Serum adalah untuk menambah 100 sehingga 200 ejen dan stokis menjelang pertengahan tahun depan selain membantu lebih ramai orang menambah pendapatan.

Katanya lagi, melihat kepada perniagaan yang semakin berkembang maju, dia juga kini dalam proses membuka pejabat sendiri.

Jadikan Toya Serum sebagai sumber inspirasi kejayaan di mana bekerja secara online boleh menjana hingga RM150,000. Jendela Biz mempunya sistem yang lengkap secara online, backoffice seperti sistem ejen dan teknik pemasaran digital yang terbukti.

Beli jendela biz hari ini, sekali seumur hidup dan nikmati pendapatan secara online.

Caranya : https://jendela.biz/digital-sekarang


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *