TAWARAN PERNIAGAAN #23
Halal Hub ( حلال )
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) akan membentuk perkongsian dalam meningkatkan industri Halal Malaysia.
Kerjasama strategik ini membantu dan meningkatkan lagi keupayaan dan
kapasiti industri seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Jendela Biz melihat ini bukan sahaja peluang bagi meningkatkan kedudukan
Malaysia sebagai pusat pembangunan ekosistem Halal, tetapi wajib
melibatkan usahawan-usahawan untuk turut serta di dalam industri HALAL
yang bernilai bilion ringgit ini.
Peranan teknologi digital yang semakin meningkat dan kepentingan
penggunaannya yang semakin meningkat, terutamanya sejak pandemik
Covid-19 melanda, ia adalah wajar untuk mengutamakan pembangunan
teknologi digital sekarang bagi menguasai pasaran Halal sama ada di
peringkat lokal hinggalah global.
Menurut data sehingga kini, taman halal Malaysia telah menarik jumlah
terkumpul pelaburan sebanyak RM16.28 bilion sejak 2011.
Pada 2021, pelaburan langsung domestik ke dalam Taman Halal telah
mencatatkan peningkatan sebanyak RM95 juta (atau 45.7 peratus),
menandakan bahawa industri halal tempatan masih berkembang, walaupun ada
pelbagai cabaran.
Jendela Biz melihat trend dalam kalangan pemain tempatan halal
terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbukti berdaya
tahan sepanjang pandemik Covid-19. Walaupun menghadapi cabaran, mereka
berusaha dan akan mengembangkan perniagaan untuk memenuhi permintaan
yang semakin meningkat.
Oleh itu, PKS ini semakin meningkat dan mencari ruang industri yang
sesuai dan besar dengan infrastruktur yang lebih baik dan sokongan
ekosistem digital lengkap yang disediakan oleh Jendela Biz
Platform HALAL HUB (حلال) ini akan meliputi keseluruhan ekosistem
digital dan online untuk pemilik perniagaan ini beroperasi merentas
negara dan benua.
Anggaran transaksi bernilai jutaan ringgit dalam tempoh masa kurang dari
3 tahun operasi perniagaan ini. Jika anda adalah bakal pemilik TAWARAN
PERNIAGAAN #23 -HALAL HUB (حلال) – ini, hubungi Jendela Biz atau pegawai
syarikat untuk maklumat lanjut.
Jadi usahawan digital hari ini sebelum melangkah masuk ke tahun 2024.
Digital Untuk Semua