MyCutiHome

TAWARAN PERNIAGAAN #14

MyCutiHome



Tinjauan baharu mendapati lebih separuh daripada rakyat Malaysia suka tinggal di penginapan sewa jangka pendek apabila mereka melancong ke dalam negara dan lebih dua pertiga (68%) rakyat Malaysia yang ditinjau berkemungkinan menggunakan Airbnb apabila mereka merancang percutian seterusnya.

Dalam tinjauan pendapat yang dikeluarkan pada hari Isnin (7 Mac 2022), pasaran dalam talian (online) untuk penginapan, terutamanya homestay untuk sewaan percutian, Airbnb berkata 44% daripada responden juga berkemungkinan menjadi hos di Airbnb dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Firma itu berkata keputusan itu menunjukkan kesimpulan yang kukuh bahawa penginapan sewa jangka pendek memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Ia berkata lebih dua pertiga bersetuju bahawa ia mewujudkan rangsangan ekonomi di kawasan kejiranan, dan 62% daripada responden percaya secara keseluruhan bahawa penginapan sewa jangka pendek mendorong faedah bukan sahaja untuk hos tetapi juga perniagaan dalam komuniti.

Daripada mereka yang ditinjau, lebih 60% rakyat Malaysia menyokong membenarkan penduduk di bandar mereka menyewa rumah mereka di Airbnb, dan percaya bahawa penduduk yang menyewakan rumah mereka memberi kesan positif kepada Malaysia dan komuniti setempat.

Tinjauan menunjukkan bahawa 80% percaya bahawa rakyat Malaysia harus dibenarkan menggunakan lebihan pangsapuri kosong sebagai penyewaan jangka pendek untuk memerangi hartanah tidak terjual yang berterusan, terutamanya di negeri seperti Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Oleh itu, Jendela Biz mengambil inisiatif menyediakan dan membangunkan Perniagaan Digital MyCutiHome .

Ia sama seperti Airbnb platform digital sewa jangka masa pendek global, tetapi MyCutiHome adalah untuk pasaran tempatan, ikut acuan sewaan tempatan dan lebih mesra budaya tempatan.

Para pemilik rumah boleh senaraikan kediaman milik mereka di MyCutiHome untuk disewakan kepada pelancong.

MyCutiHome akan menghubungkan antara pelancong dan pemilik kediaman. Pengiklanan digital juga akan dilakukan oleh MyCutiHome.

MyCutiHome akan mempunyai website rasmi, app di semua platform (Apple, Google dan Huawei) , e-wallet, payment gateaway, dan semua teknologi digital yang lengkap.

Sebagai pemilik perniagaan ini, anda akan menerima komisyen dari sewaan yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Sifirnya mudah, jika 10,000 kediaman disewa setiap bulan, semuanya dikawal oleh sistem MyCutiHome secara digital, anda akan menjadi pemilik perniagaan yang menjana pasif income dan boleh diwariskan.

Jadi pemilik perniagaan digital MyCutiHome hari ini !